Monday, October 4, 2010

KECEDERAAN DI DALAM SUKAN

Saya berminat hendak berkongsi dengan kawan-kawan tentang kecederaan di dalam sukan.sebagai seorang mahupun jurulatih perkara ini mesti dititikberatkan kerana ia turut mempengaruhi prestasi seseorang atlit ketika bersukan.Seperti video yang ditunjukkan di atas ianya hanyalah sebahagian dari kecederaan dalam sukan.Berikut merupakan info tambahan dalam kecederaan ketika bersukan.harap info ini dapat membantu kawan-kawan pada masa akan datang.Insyallah.

  • Kecederaan Semasa Bersukan
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah
pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun
kecederaan adalah biasa semasa bersukan.
Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa
bersukan?
• Pertembungan di antara satu sama lain
• Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
• Jatuh
• Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan
  • Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?
• Luka-luka
• Hentakan
• Terkehel/tergeliat
• Ketegangan
• Terseliuh
• Patah tulang
Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?
• Kapsul sendi koyak
• Konklusi otak akibat hantukkan
• Kecederaan dalam abdomen
• Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi
Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?
Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan
merujuk kepada ketegangan di otot.
Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
  • Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?
• Sakit - di tempat yang cedera
• Bengkak - di tempat yang cedera
• Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
• Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan
patah)
• Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
• Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
• Pening - terjadi semasa kecederaan otak
• Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.
  • Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!
Prinsip asas ialah RICE.
R - 'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I - 'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C - 'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E - 'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat
kecederaan semasa bersukan?
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera.
Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold
Compression.
Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian
terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
3 jam pertama • Lakukan Cold Compression selama 10 -
15 minit setiap setengah jam
48 jam yang berikut • Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5
kali sehari selama 15 - 20 minit
Selepas 48 jam • Kompresi panas mungkin boleh digunakan
Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
• Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24
jam
• Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
• Kecacatan struktur yang jelas
• Sakit semasa tidur
• Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
• Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan
rawatan segera di hospital
Bagaimana cara untuk mencegah
kecederaan semasa bersukan?
Langkah-langkah yang penting ialah:
• Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz
dan berpadanan dengan jenis sukan seperti
topi keledar untuk menunggang, meluncur
atau menggunakan papan luncur
• Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan
menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat
pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa
aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
• Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan
meluncur skateboard atau in-line skate
• Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
• Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
• Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
• Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari
kecederaan
• Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda
Kesimpulanya,pelbagai kecederaan dapat dielakkan sekiranya atlet tahu akan selok belok maklumat tentang kecederaan dalam sukan.oleh itu,atlet ataupun jurulatih perlulah sentiasa melengkap diri agar dapat menjamin kesihatan ketika bersukan.

No comments:

Post a Comment